Kamis, 01 Maret 2012

Jalan cerita BMW M3 GTR

Pemain tiba di Rockport City, keluar dari dunia lumba haram bawah tanah, dengan kereta BMW M3 GTR yang diubahsuai. Mengikuti Mia Townsend (pelakon: Josie Maran), pemain membuktikan kemahiran pemanduannya sedang dia dikejar oleh seorang pegawai polis veteran bernama Cross, yang bersumpah untuk menangkap pemain.[3]
Kebanyakan perlumbaan awalan seolah-olah menyebelahi pemain sehinggalah sekumpulan pelumba haram, diketuai antagonis utama bernama Clarence "Razor" Callahan, mensabotaj kereta pemain serta merampas kereta BMW itu.[4][5] Tanpa kereta untuk melarikan diri, pemain ditangkap oleh by Cross, tetapi kemudian dilepaskan kerana tidak cukup bukti.[6] Mia mengambil pemain serta memaklumkan kepada pemain mengenai status baru Razor di dalam Senarai Hitam (sekumpulan pemandu yang paling dikehendaki Jabatan Polis Rockport). Dia kemudian menolong pemain dengan membantu mendapatkan kereta baru serta mendapat tempat di dalam Senarai Hitam. Satu demi satu lawan ditewaskan, menjanjikan reputasi serta kereta yang lebih baik dengan mengalahkan mereka. Mia juga menyediakan markas untuk pemain berehat setiap kali mukim baru dimasuki, sebagai pertukaran kepada "taruhan sampingan" pada perlumbaan yang disertai pemain.
Cabaran terakhir bagi tangga teratas Senarai Hitam tertumpu kepada perlumbaan antara pemain dengan Razor, dengan pemain muncul pemenang, membolehkannya menuntut semula kereta BMWnya. Apabila Razor enggan memulangkan hak milik kereta tersebut[7] serta menyerang Mia[8], yang merampas kunci daripadanya, Mia mendedahkan identiti sebenarnya sebagai seorang pegawai polis yang menyamar. Mia membaling kunci tersebut kepada pemain, dan menyuruh pemain melarikan diri daripada segerombolan anggota polis yang datang. Razor ditangkap manakala pemain dihambat oleh Jabatan Polis Rockport di bawah arahan Cross[9]. Pemain berjaya melarikan diri daripada Cross serta meninggalkan Bandaraya Rockport dengan melancarkan kereta BMWnya untuk melompat menyeberangi sebatang jambatan lama yang tidak siap dibina seperti yang ditunjukkan oleh Mia semasa panggilan telefon terakhir.[10]
Selepas pemain melepaskan diri, Cross membawa rekod kesalahan pemain serta menambahkan namanya ke dalam Senarai Paling Dikehendaki Kebangsaan. Selain Razor, kesemua pemandu lain yang disenarai hitam berjaya ditangkap dengan "bantuan" pemain.[11]
Jalan cerita Need for Speed: Carbon merupakan sambungan kepada Most Wanted.

0 komentar:

Posting Komentar

komik naruto © 2008 Template by:
SkinCorner