Kamis, 01 Maret 2012

CERIT Need for Speed: Most Wanted3

Need for Speed: Most Wanted (NFS:MW) adalah permainan video perlumbaan berbilang platform, dibangunkan oleh EA Black Box dan mula dilancarkan oleh Electronic Arts bagi pasaran Amerika Syarikat pada 15 November 2005. Ia adalah sebahagian daripada siri permainan Need for Speed. Permainan ini memperkenalkan semula aksi kejar-mengejar dengan polis sebagai fokus utama kepada gaya permainan berorientasikan lumba haram, dengan beberapa (tetapi tidak semua) pilihan pengubahsuaian daripada siri Need for Speed: Underground. Permainan ini disusuli oleh Need for Speed: Carbon, yang merupakan sambungan kepada jalan cerita Most Wanted.
Most Wanted dilancarkan untuk komputer peribadi berasaskan Windows, PlayStation 2, Nintendo GameCube, Xbox, Xbox 360 (sebagai tajuk pelancaran), Game Boy Advance, Nintendo DS serta telefon bimbit. Satu lagi versi Most Wanted, bertajuk Need for Speed: Most Wanted: 5-1-0 telah dilancarkan untuk PlayStation Portable.
'Black Edition', edisi pengumpul bagi Most Wanted, telah dilancarkan bagi menyambut ulang tahun siri Need for Speed ke-10 serta bersempena dengan pelancaran Most Wanted. Black Edition menampilkan perlumbaan tambahan, kereta bonus serta kandungan tambahan. Black Edition juga didatangkan dengan DVD khas yang mengandungi temu ramah serta video mengenai permainan. Black Edition dilancarkan bagi versi PC, PlayStation 2 dan Xbox di Amerika Syarikat dan Australia;[1] hanya versi PlayStation 2 sahaja dikeluarkan untuk pasaran Eropah.[2][1]

0 komentar:

Posting Komentar

komik naruto © 2008 Template by:
SkinCorner