Kamis, 01 Maret 2012

DIGIMON2

Malam ni hujan lebat betul. Dengan kilat, guruh berdentam-dentum. Kalau ikutkan hati, tidur best ni! Tapi perut lapar. Dah dinner pun lapar lagi ^_^ Tak boleh jadi, kena jimat sikit. Sekarang ni asyik makan je. Hurm, stress agaknya.. Awal2 sem dah stress c(: Jadi, untuk mengelakkan tidur & makan, tengok cerita lah! Nak sambung tengok cerita Digimon. Korang pernah tengok cerita Digimon? Ala, cerita kartun masa kecik2 dulu.. ^_^ Favourite aku kartun ni. Dari kecik samapi ke besar, tak bosan tengok ulang2 kali. Dah tu, tengok banyak kali pun still sedih & nangis! :’D mesti korang ingat aku ni tah apa2 je tengok kartun sampai nangis.. Tapi sedihla.. Walaupun kartun je tapi banyak mesej berguna!


Kartun ni cerita pasal dunia Digimon (Digital Monster) yang mempunyai lagenda bahawa dunia dorang ni akan diperintah oleh kuasa kegelapan. Then, akan ada 7 orang kanak2 terpilih yang akan selamatkan dunia Digimon. Tapi dorang tak tau siapa kanak2 tu. Kanak2 tu lagila tak tau kan yang dorang tu de kena mengena dengan lagenda. Banyak halangan & cabaran yang kanak2 tu kena tempuh sepanjang perjuangan dorang untuk keluarkan dunia Digimon ni dari kuasa kegelapan. Dalam masa yang sama, banyak benda dorang belajar dari kehidupan dorang kat dunia Digimon yang membuatkan dorang lebih matang, tabah, bersemangat, tak mudah putus asa, rasional, yakin, kasih sayang & macam2 lagi. Apa yang dorang belajar secara tak langsung aku pun belajar sama ^_^ Tu yang kadang2 nangis, kadang2 aku geram sendiri tengok dorang berlawan dengan musuh. Macam aku cakap, kartun je pun! Tapi yang tak boleh blahnya, masa aku tengok kartun ni kecik2 dulu, aku berangan “kalaula aku jadi kanak2 terpilih…bestnya!” ;D

0 komentar:

Posting Komentar

komik naruto © 2008 Template by:
SkinCorner